Selasa, 3 Mac 2009

Retun to Sender: Not Deliverabele As No Building Left

AzianTahir 1: 'Return to Sender 1'

Saiz : 2’ x 3’
Media : Seni Cetak,
Sutera Saring


Negara Palestine yang sering dilanda dengan ledakkan, bedilan dan tembakan, berhadapan dengan serangan Rejim Zionis yang meratah bumi Palestine tanpa sebarang petunjuk, belas kasihan dan berperikemanusiaan. Bantahan demi bantahan telah dilakukan oleh negara-negara yang bersimpati dan mengambil berat tentang penderitaan penduduk-penduduk Palastin. Semenjak bermulanya kempen peperangan Israil terhadap dunia arab pada 1948 lagi bantahan telah dibuat diserata dunia, namun ianya hanya dipandang sepi oleh Rejim Zionis yang angkuh dan bongkak. Karya ini dihasilkan bagi menunjukan bagaimana Israil tidak langsung mengindahkan bantahan yang dibuat, seumpama menghantar berpucuk-pucuk surat namun tidak diterima oleh penerima dan ianya dipulang kan semula tanpa jawapan. Selain dari itu karya ini juga mengambarkan bagaimana penerima iaitu rakyat Palestine yang tidak dapat dikesan malahan rumah mereka tidak wujud lagi seumpama apa yang berlaku di Palestine, dimana bangunan-bangunan penempatan awam telah hancur dibedil oleh mereka yang durjana. Oleh itu ’Return to Sender’ diisi dengan dua maksud, satu menunjukan bagaimana tulinya Rejim Zionis dan yang kedua adalah untuk memperjelaskan tentang keadaan realitasnya disana dimana rakyat Palestine yang selamat akhirnya pulang ke rumah dan yang hanya tinggal sisa-sisa bangunan runtuh sahaja sebagai tempat tinggal mereka.

Azian Tahir (2009)
Karya ini di Pamerkan di Pameran Amal Palestine 2009, Balai Seni Lukis Negara

Isnin, 2 Mac 2009

Cat air - Suatu penghayatan diri

Menghasilkan cat air yang menarik adalah penghasilan melalui hati, untuk saya apabila saya melihat atau memandang bangunan-bangunan lama yang terdapat di tempat lahir saya, pasti kenangan lalu ketika kecil akan berlalu dihadapan saya.

Aziantahir 1: 'Kedai Cina'
Sebagai anak jati bandar Kelang (ejaan semasa saya kecil) kenangan-kenangan inilah yang akan membawa saya untuk berkarya dan media yang paling ringkas dan mudah untuk dibawa, ia merupakan cat air dan inilah hasilnya.

Aziantahir 2: 'Sebalik Biasan'

Kenangan-kenangan ketika merayau-rayau didepan kedai, dibelakang kedai mencari kotak untuk dibuat permainan dan ketika dipaksa abah untuk membeli rokok 555, sentiasa mengimbau-imbau didepan mata. Kini Klang amat berbeza apa yang nyata Masjid India ditengah-tengah bandar Klang telah berubah wajah. Berek Bomba dibelakangnya masih tetap begitu yang berbezanya jumlah penduduk yang semakin berkurangan kerana dua buah rumah yang dahulunya diduduki oleh dua buah keluarga telah disatukan menjadi sebuah rumah dan ianya lebih besar dan selesa. Cuma balainya masih sama seperti dahulu, masih didalam bangunan Kolonial yang bersejarah.

Aziantahir 3: 'Kenali Malaysia'


Bandar Kelang, sebuah bandar lama yang banyak menyimpan rahsia dan khazanah yang berharga cuma apa yang nyata kadang-kala kita lupa tentang itu. Kita akan sedar apabila ianya telah hilang dari mata.