Rabu, 15 Disember 2010

Arca Minda dari Seni Halus UiTM Perak




Reka bentuk berteraskan kepada prinsip umumnya iaitu ‘IMAN’, ‘AMAL’, ‘AKAL’ DAN ‘ILMU’, Terdiri dari beberapa pendekatan.

Mewujudkan satu symbol ‘Otak’ atau ‘Minda’ yang signifikasikan kepada budaya Keimanan dan kesarjanaan sebagai pokok utama didalam penghasilan karya yang mendominasi ruangnya.

Otak merupakan punca ‘Nervous system’ atau Pusat Saraf bagi setiap manusia, fungsinya yang menjangkaui minda manusia ini berfungsi dengan sempurna mengikut kemampuaannya sepanjang hayat. Ruang otak ‘Cerebrum’ yang terbahagi kepada dua bahagian dan disambung oleh ‘Corpus callosum’ ini menjalankan tugasnya tanpa perlu di arah, ia merupakan satu kebesaran Allah yang diberi kepada setiap hambanya. Evolusi perkembangan idea arca ini adalah berlandaskan kepada gambaran pembahagian-pembahagian tugas-tugasan otak terhadap para pemikirnya antara otak kiri dan kanan iani ‘LOGIK’ dan ‘KREATIF’, hanya yang membezakan adalah arca ini mamberi pembahagian kepada 4 bahagian berbanding dua seperti lazimnya, ia bertujuan bagi membentangkan sifat keimanan dan keilmuan kerana sebagai seorang yang beriman ilmu itu merupakan perkara pertama yang hadir melalui naluri setiap manusia ini terbukti apabila ayat Al Quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW ialah ‘IQRAK’ yang membawa maksud ‘BACALAH’ kerana membaca itu merupakan punca segala ilmu sama ada dalam bentuk teori dan amali.

Menggunakan huruf –huruf Jawi sebagai bentuk berteraskan Dunia ‘Melayu’

Kaligrafi Jawi dipilih menjadi teknik tulisan utama didalam arca ini adalah kerana antara ketamadunan yang dibawa masuk dengan kehadiran Islam dirantau Melayu adalah penulisan, tulisan ‘Jawi’ dihasilkan berlandaskan dari tulisan Arab iaitu ‘Khat’ seperti yang diperkatakan oleh Wan Abdulah Wan Mahmood et.at. (1997) di dalam bukunya iaitu “Masyarakat Melayu pandai membaca dan menulis adalah berasaskan oleh 29 huruf tulisan Al Qur’an dengan penambahan huruf-huruf yang mirip dengan huruf Arab”. Sememangnya kehadiran huruf-huruf Arab ini banyak memberi munafaat kepada orang-orang Melayu, kerana dengan terhasilnya tulisan ‘Jawi’ maka semua kesasteraan dan kesenian orang-orang Melayu telah dapat di zahirkan dalam bentuk penulisan bukan lagi dalam bentuk lisan seperti lazimnya. Ini dipersetujui oleh Lois Lamya ‘Al Faruqi yang mengatakan perkembangan tulisan ‘Jawi’ itu dihasilkan dari model tulisan Arab iaitu “A new script (Jawi) was created on the model of the Arabic script; and for the first time, the Malay developed a written as opposed to oral, literature”. Melalui tulisan Jawi ini maka lahirlah Cendiakawan Melayu seperti Tun Sri Lanang dan Musyih Abdullah yang menggunakan manuskrip ‘Jawi’ sebagai perantaraan ilmu mereka. Bahan berasaskan besi dan dicatkan dengan warna merah dicadangkan sebagai material yang paling sesuai dan mudah diselengarakan untuk manuskirp ‘Jawi’ ini.


Melahirkan satu monumen yang didominasikan oleh besi yang mengabadikan struktur keseluruhan arca dan 4 perkataan utama yang membawa maksud masing-masing
Pembinaan satu monument adalah satu pelaburan kearah tuntutan sosial bangsa, masyarakat dan tamadunan sezaman. Sesebuah monument dibina untuk mewakili satu mercutanda melambangkan prinsip, pegangan, tradisi, budaya dan mewakili komuniti persekirtarannya – Sarmiza Abu Hassan. Oleh itu monument ini dibina bagi tujuan tersebut, Bahan Besi dipilih bagi menyampaikan maksud tentang ketahanan, kecekalan dan keteguhan didalam setiap halangan dan rintanganan yang mendatang. Ia dipilih sebagai bahan utama bagi memastikan penyampaian maksud dapat digerap melalui kelahiran arca ini. Rekabentuk arca ini meliputi bentuk gerbang dimana bahan utama akan di pasang dari satu hujung ke hujung yang lain bagi melahirkan reka bentuk seolah-olah gerbang keilmuan. Batu dasar yang berbentuk empat segi bagi mengukuhkan kedudukan besi tersebut memberi satu rasa tentang keteguhan tempat bertapak satu institusi keilmuaan yang ulung dirantau ini. Arca diwarnakan Merah sebagai symbol keberanian dan menjadi attractions pada bentuk astetik yang berada di dalam struktur wujud. Diiringi dengan text atau manuskirp yang juga diperbuat dengan bahan yang sama dan warna yang sama, bagi memberi maksud ilmu hadir dan menyerap di setiap salur darah dan urat yang seolah -oleh membentuk ‘Cerebrum’ didalam otak setiap manusia yang berakal.

Konsep oleh : Azian Tahir

1 ulasan:

  1. @ Menggunakan huruf –huruf Jawi sebagai bentuk berteraskan Dunia ‘Melayu’.
    -
    Orang Melayu harus malu menggunakan Rumi di tempat Jawi.
    -
    Membandingkan dengan Rumi:
    1. Jawi lebih indah, lebih mudah, lebih menarik.
    Rumi = 26 +A+B+D+E+G+H+Q+R = 17x2 = 34 bentuk berdiri sendiri.
    Huruf Arab + 6 Jawi - titik-2 = Sahaja 17 bentuk yang manis + tari-menari.
    Tidak seperti Rumi, Jawi suka bercantum.
    Hanya ekor perubahan seperti yang ditunjukkan di sini:
    http://www.arabictypography.com/ani1.html
    2. BM adalah bahasa fonetik, seperti Arab.
    Cara terbaik adalah ditulis (dan dibaca) dalam Jawi
    -
    Tetapi kebanyakan orang Melayu + Indons tidak mengetahui.
    -
    http://typophile.com/node/74436

    BalasPadam