Isnin, 2 Mac 2009

Cat air - Suatu penghayatan diri

Menghasilkan cat air yang menarik adalah penghasilan melalui hati, untuk saya apabila saya melihat atau memandang bangunan-bangunan lama yang terdapat di tempat lahir saya, pasti kenangan lalu ketika kecil akan berlalu dihadapan saya.

Aziantahir 1: 'Kedai Cina'
Sebagai anak jati bandar Kelang (ejaan semasa saya kecil) kenangan-kenangan inilah yang akan membawa saya untuk berkarya dan media yang paling ringkas dan mudah untuk dibawa, ia merupakan cat air dan inilah hasilnya.

Aziantahir 2: 'Sebalik Biasan'

Kenangan-kenangan ketika merayau-rayau didepan kedai, dibelakang kedai mencari kotak untuk dibuat permainan dan ketika dipaksa abah untuk membeli rokok 555, sentiasa mengimbau-imbau didepan mata. Kini Klang amat berbeza apa yang nyata Masjid India ditengah-tengah bandar Klang telah berubah wajah. Berek Bomba dibelakangnya masih tetap begitu yang berbezanya jumlah penduduk yang semakin berkurangan kerana dua buah rumah yang dahulunya diduduki oleh dua buah keluarga telah disatukan menjadi sebuah rumah dan ianya lebih besar dan selesa. Cuma balainya masih sama seperti dahulu, masih didalam bangunan Kolonial yang bersejarah.

Aziantahir 3: 'Kenali Malaysia'


Bandar Kelang, sebuah bandar lama yang banyak menyimpan rahsia dan khazanah yang berharga cuma apa yang nyata kadang-kala kita lupa tentang itu. Kita akan sedar apabila ianya telah hilang dari mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan