AzianTahir1: 'BSN'
Silk Screen and Stanceling
12" x 24"
Lihat sahaja pada karya diatas kedua-dua teknik tersebut telah menghasilkan sebuah karya yang nampak berkesan dan menarik.
Penggunaan teknik yang bersesuaian selalunya akan menghasilkan karya yang menarik. Namun begitu pengisian karya itu juga penting supaya penyampaian yang cuba dilakukan dapat disampaikan dengan jelas. Kita bukan sahaja perlu memikirkan permasaalah teknik malahan permasalahan pengisian juga perlu kerana ianya sememangnya berkait rapat antara satu sama lain. Ini adalah kerana kita bukan sahaja berhubung kepada diri sendiri tetapi kepada orang lain.
- AzianTahir 2: 'Melaysia: Terpersoana ke mana jua'
- Silk Screen and Stanceling
- 24" x 36"
Bagi karya kedua ini pula, saya telah memulakan penggunaan yang lebih dari yang sebelumnya. Dimana saya telah mula mengabungkan element-element persembahan didalam karya. Penggunaan imajan-imajan yang berhubungkait telah diguna untuk membina karya yang menarik dan maksud yang tertentu. Karya ini dihasilkan seolah-oleh sekeping sampul surat yang telah dipos kepada penerima dengan gambaran bangunan-bangunan Kolonial yang berada di Kuala Lumpur ianya seolah-olah satu kenang-kenangan yang terpahat didalam hati si penerima.
macam mana ngan sejarah sutera saring ni akak.. tolong saya plisss... cube cerita sikit
BalasPadamHemmm sejarahnya... ada tapi tak up load lagi, kalau kat pelajar saya adalah nota yang saya berikan...
BalasPadamboleh tak berikan sejarah & detail2 pasal silk screen ni? terima kasih :)
BalasPadamMaaf disini lebih kepada penceritaan penghasilan karya peribadi saya, maka saya tidak meletakkan sejarah sutera saring dalam kontek sejarah. Semua itu ada dlm nota kelas saya... maaf sekali lagi...
BalasPadamsalam saya sedang mengkaji tentang cetakan screen ini...Boleh x sya bertayakan beberapa soalan kepada Puan/Cik sebagai respondent saya.
BalasPadam