Memaparkan catatan dengan label Arts / Seni. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Arts / Seni. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Mac 2010

Seramik: Menyingkap Rahsia Kellie's Castle

Menyingkap rahsia Kellie's Castle merupakan karya seramik yang dihasilkan ketika saya menyertai 'Asian Ceramik Workshop' di UiTM Perak, saya yang lebih fasih dengan karya-karya berbentuk 2D mula mengalih arah kepada karya berbentuk 3D dan bahan yang lari dari kebiasaan. Sememangnya bahan yang dioleh dari tanah liat ini amat menarik, saya lebih banyak menyumbang kepada penghasilan ide and gerak kerja membina selainnya saya banyak menerima bantuan dari para pensyarah Jabatan Seramik dan juga para pelajarnya dan inilah hasilnya.


Karya ini lebih kepada pengolahan ide saya bagaiman perjalanan kepuncak yang melalui liku-liku anak-anak tangga, ruang-ruang yang sempit terutama sekali berdasarkan kepada saiz badan pengkarya ini yang cuba diketengahkan oleh saya.

Karya ini dipamerkan di : Geleri Seni Pulau Pinang

Isnin, 1 Mac 2010

BSN, Pajero dan Ayamas


AzainHajiTahir: BSN, Pajero dan Ayamas
Size : 2' x 3'
Media: Silk Screen dan Stanceling
Karya yang merupakan kesinambungan dari karya-karya yang awal ini merupakan sebuah cebisan pendapat mengenai ketidak puasan hati pengkarya dengan adanya element-element yang akan menengelamkan keindahan tingkap-tingkap bangunan rumah kedai era kolonial pada ketika itu dan mungkin hingga sekarang... cebisan rasa yang diluahkan dalam bentuk visual dan diketengahkan dengan teknik sutera saring dan stenceling.

Selasa, 3 Mac 2009

Retun to Sender: Not Deliverabele As No Building Left

AzianTahir 1: 'Return to Sender 1'

Saiz : 2’ x 3’
Media : Seni Cetak,
Sutera Saring


Negara Palestine yang sering dilanda dengan ledakkan, bedilan dan tembakan, berhadapan dengan serangan Rejim Zionis yang meratah bumi Palestine tanpa sebarang petunjuk, belas kasihan dan berperikemanusiaan. Bantahan demi bantahan telah dilakukan oleh negara-negara yang bersimpati dan mengambil berat tentang penderitaan penduduk-penduduk Palastin. Semenjak bermulanya kempen peperangan Israil terhadap dunia arab pada 1948 lagi bantahan telah dibuat diserata dunia, namun ianya hanya dipandang sepi oleh Rejim Zionis yang angkuh dan bongkak. Karya ini dihasilkan bagi menunjukan bagaimana Israil tidak langsung mengindahkan bantahan yang dibuat, seumpama menghantar berpucuk-pucuk surat namun tidak diterima oleh penerima dan ianya dipulang kan semula tanpa jawapan. Selain dari itu karya ini juga mengambarkan bagaimana penerima iaitu rakyat Palestine yang tidak dapat dikesan malahan rumah mereka tidak wujud lagi seumpama apa yang berlaku di Palestine, dimana bangunan-bangunan penempatan awam telah hancur dibedil oleh mereka yang durjana. Oleh itu ’Return to Sender’ diisi dengan dua maksud, satu menunjukan bagaimana tulinya Rejim Zionis dan yang kedua adalah untuk memperjelaskan tentang keadaan realitasnya disana dimana rakyat Palestine yang selamat akhirnya pulang ke rumah dan yang hanya tinggal sisa-sisa bangunan runtuh sahaja sebagai tempat tinggal mereka.

Azian Tahir (2009)
Karya ini di Pamerkan di Pameran Amal Palestine 2009, Balai Seni Lukis Negara

Isnin, 2 Mac 2009

Cat air - Suatu penghayatan diri

Menghasilkan cat air yang menarik adalah penghasilan melalui hati, untuk saya apabila saya melihat atau memandang bangunan-bangunan lama yang terdapat di tempat lahir saya, pasti kenangan lalu ketika kecil akan berlalu dihadapan saya.

Aziantahir 1: 'Kedai Cina'
Sebagai anak jati bandar Kelang (ejaan semasa saya kecil) kenangan-kenangan inilah yang akan membawa saya untuk berkarya dan media yang paling ringkas dan mudah untuk dibawa, ia merupakan cat air dan inilah hasilnya.

Aziantahir 2: 'Sebalik Biasan'

Kenangan-kenangan ketika merayau-rayau didepan kedai, dibelakang kedai mencari kotak untuk dibuat permainan dan ketika dipaksa abah untuk membeli rokok 555, sentiasa mengimbau-imbau didepan mata. Kini Klang amat berbeza apa yang nyata Masjid India ditengah-tengah bandar Klang telah berubah wajah. Berek Bomba dibelakangnya masih tetap begitu yang berbezanya jumlah penduduk yang semakin berkurangan kerana dua buah rumah yang dahulunya diduduki oleh dua buah keluarga telah disatukan menjadi sebuah rumah dan ianya lebih besar dan selesa. Cuma balainya masih sama seperti dahulu, masih didalam bangunan Kolonial yang bersejarah.

Aziantahir 3: 'Kenali Malaysia'


Bandar Kelang, sebuah bandar lama yang banyak menyimpan rahsia dan khazanah yang berharga cuma apa yang nyata kadang-kala kita lupa tentang itu. Kita akan sedar apabila ianya telah hilang dari mata.

Jumaat, 27 Februari 2009

Pengenalan 2: Seni Cetak Sutera Saring Berkembang

Pengkajian terus berkembang dari satu lapisan cetakan ke dua lapisan cetakan dan kini apabila ianya telah terhasil, lalu lapisan tersebut telah di tambah hinggakan ianya menghasilkan satu hasil karya yang berlapis-lapis dengan tujuan untuk menambahkan kekayaan terhadap permukaan. Kadang kala permukaan yang kaya dengan jalinan demi jalinan akan menjadikan karya tersebut menjadi matang. Matang dari segi persembahan dan juga matang dari segi pengkaryaan.


AzianTahir 3: 'Kedai Makan, Nescafe, Petronas dan Camel'

Sutera Saring dan Stanceling

24" x 35"


Lihat sahaja pada karya diatas saya telah berani mencampur-campurkan berbagai-bagai jalinan yang bukan sahaja bertugas sebagai sokongan malahan jika dilihat secara menyeluruh ia sendiri merupakan peranan utama didalam karya ini dan akhirnya yang lain-lain itu seumpama peranan sampingan yang hanya melengkapkan sesebuah karya.

AzianTahir4: 'Art Gallery'

Sutera Saring dan Stanceling

8" x 12"

Karya diatas ini pula sekadar memberi satu rasa, rasa terhadap penindanan cetakan terhadap warna-warna yang menjadi sebuah latar didalam karya. Namun ianya tetap sama kuatnya dengan apa yang ada sebagai imejan keseluruhan dari media sutera saring itu.

Rabu, 25 Februari 2009

Peringkat Awal - Pengenalan Cetakan Sarigraph

Saya yang lebih cenderung kepada penghasilan karya yang berasaskan dari penggunaan teknik seni cetak sutera saring. Pada asalnya saya ingin menghasilkan karya dengan niat untuk menkaji kesan-kesan yang berlaku terhadap permulaan sesebuah karya, lihat sahaja pada karya yang pertama ini, gabungan dua teknik asas dalam seni cetak serigraph diguna pakai untuk menjadikan ianya sebuah karya yang ringkas tetapi padat dengan maksud.

AzianTahir1: 'BSN'
Silk Screen and Stanceling
12" x 24"


Lihat sahaja pada karya diatas kedua-dua teknik tersebut telah menghasilkan sebuah karya yang nampak berkesan dan menarik.



Penggunaan teknik yang bersesuaian selalunya akan menghasilkan karya yang menarik. Namun begitu pengisian karya itu juga penting supaya penyampaian yang cuba dilakukan dapat disampaikan dengan jelas. Kita bukan sahaja perlu memikirkan permasaalah teknik malahan permasalahan pengisian juga perlu kerana ianya sememangnya berkait rapat antara satu sama lain. Ini adalah kerana kita bukan sahaja berhubung kepada diri sendiri tetapi kepada orang lain.

  • AzianTahir 2: 'Melaysia: Terpersoana ke mana jua'
  • Silk Screen and Stanceling
  • 24" x 36"

Bagi karya kedua ini pula, saya telah memulakan penggunaan yang lebih dari yang sebelumnya. Dimana saya telah mula mengabungkan element-element persembahan didalam karya. Penggunaan imajan-imajan yang berhubungkait telah diguna untuk membina karya yang menarik dan maksud yang tertentu. Karya ini dihasilkan seolah-oleh sekeping sampul surat yang telah dipos kepada penerima dengan gambaran bangunan-bangunan Kolonial yang berada di Kuala Lumpur ianya seolah-olah satu kenang-kenangan yang terpahat didalam hati si penerima.