Jumaat, 5 Mac 2010

Seramik: Menyingkap Rahsia Kellie's Castle

Menyingkap rahsia Kellie's Castle merupakan karya seramik yang dihasilkan ketika saya menyertai 'Asian Ceramik Workshop' di UiTM Perak, saya yang lebih fasih dengan karya-karya berbentuk 2D mula mengalih arah kepada karya berbentuk 3D dan bahan yang lari dari kebiasaan. Sememangnya bahan yang dioleh dari tanah liat ini amat menarik, saya lebih banyak menyumbang kepada penghasilan ide and gerak kerja membina selainnya saya banyak menerima bantuan dari para pensyarah Jabatan Seramik dan juga para pelajarnya dan inilah hasilnya.


Karya ini lebih kepada pengolahan ide saya bagaiman perjalanan kepuncak yang melalui liku-liku anak-anak tangga, ruang-ruang yang sempit terutama sekali berdasarkan kepada saiz badan pengkarya ini yang cuba diketengahkan oleh saya.

Karya ini dipamerkan di : Geleri Seni Pulau Pinang

Isnin, 1 Mac 2010

BSN, Pajero dan Ayamas


AzainHajiTahir: BSN, Pajero dan Ayamas
Size : 2' x 3'
Media: Silk Screen dan Stanceling
Karya yang merupakan kesinambungan dari karya-karya yang awal ini merupakan sebuah cebisan pendapat mengenai ketidak puasan hati pengkarya dengan adanya element-element yang akan menengelamkan keindahan tingkap-tingkap bangunan rumah kedai era kolonial pada ketika itu dan mungkin hingga sekarang... cebisan rasa yang diluahkan dalam bentuk visual dan diketengahkan dengan teknik sutera saring dan stenceling.

Rabu, 3 Februari 2010

Atas makanan

Saiz : 4’ x 4’
Media : Cat Minyak atas Kanves

Semut-semut berkeliaran diatas makanan yang ditinggalkan, "Semut la...." merayap ketangan, tepis, merayap ke baju, tepis, merayap ke laptop, ketok.. ha kan dah mati... bagaimana pula dengan lalat-lalat diatas makanan? ketuk? tepis?... atau sembur racun serangga...?

Ruang/Space

Karya yang banyak menceritakan tentang ruang, bagaimana dan kenapa, dimana dan apa dan berbagai-bagai lagi. Tutur dan petuturan yang cuba diertikan, erti dan perlu mengerti hemmmmm.... anda erti?


Hemm... gambar kurang bermutu atau kerjanya yang kurang bermutu... masih menjadi tanda tanya pada diri ku... yakin tidak yakin pada diri, pada anda, pada diri.... siapa aku? perlu lagi ke nak di persoalkan...
Karya ini pernah di pamerkan di Balai Seni Lukis Kedah

Isnin, 14 September 2009


AzianTahir: 'OMBAK'
Saiz : 4’ x 4’
Media : Seni Cetak Digital dan Tinted warna
Karya ini diilhamkan dari pantun klasik iaitu;


Rumah Kecil Tiang Seribu
Rumah Besar Tiang Sebatang
Masa Kecil Ditimang Ibu
Masa Besar Ditimbang Gelombang

Karya yang bertajuk ‘Ombak ‘ ini merupakan sebuah karya yang dihasilkan berlandaskan dari sebuah peribahasa nasihat yang membawa maksud tentang mengenali diri jika sangup menempuhi cabaran barulah ia ditempuhi jika tidak harus berfikir lagi. Pengkarya telah gabungan beberapa keping gambar yang akhirnya menghasikan komposisi yang menarik dan berhubung-kait dengan peribahasa yang diketengahkan. Sememangnya pengalaman hidup itu merupakan asam garam didalam kehidupan dan ianya harus ditempuhi walaupun ia hampir benar hingga ke kaki tangga, yani didepan mata, itu yang cuba dibawa dan dimaksudkan didalam karya ini.

Karya ini dipamerkan di Pameran Tampannya Budi, Balai Seni Lukis Negara

Selasa, 19 Mei 2009

Pameran Ilham09 - Bernama


Saya antara yang menjadi peserta kecil di tengah-tengah kegahan yang GAH....
KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan merasmikan Pameran Seni Ilham 2009 ke-11 yang menampilkan karya seni kreatif para pensyarah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Pameran anjuran UiTM dengan kerjasama Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) itu mempamerkan 150 hasil karya seni membabitkan 150 pensyarah dari enam cawangan UiTM iaitu Kelantan, Perak, Terengganu, Sarawak, Kedah dan Selangor.

Pameran itu merupakan pameran seni ilham terbesar yang diadakan selama 10 hari bermula hari ini sehingga 8 April di Menara MIDF, Jalan Raja Chulan.

Pameran yang diperkenalkan sejak 1987, menjadi platform kepada warga akademik FSSR untuk berkarya serta berkongsi penemuan dan pengalaman baru mereka di samping mengetengahkan kepakaran dan kreativiti dalam menyemarakkan seni dan budaya Malaysia.

Sementara itu Naib Canselor UiTM Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah dalam ucapannya berkata pameran itu sewajarnya dimanfaatkan sebagai satu dokumentasi khazanah warisan seni UiTM yang merekod pengembaraan dan perjuangan akademia bumiputera dalam melestarikan pendidikan seni lukis dan seni reka.

Katanya keunikan karya artistik graduan dan akademia FSSR harus digilap untuk mengukir keunggulan di arena industri kreatif antarabangsa.

"Dinamisme industri kreatif tidak boleh dinafikan lagi sebagai institusi yang mampu menyumbang kepada pembangunan mapan ekonomi dan sosial sesebuah negara.

"Justeru, saya berharap agar usaha kita (UiTM) hari ini bakal menyaksikan pemasaran produk kreatif di peringkat global oleh UiTM sebagai pelopor utama dalam industri seni visual negara," katanya.

Ilham yang bermaksud Ilmu Lahir Hanya Daripada Allah Yang Maha Indah meliputi hasil karya yang terdiri daripada teknik catan, arca, fotografi, grafik, cetakan, tekstil dan fesyen, kata Prof Ibrahim.

-- BERNAMA

Jumaat, 17 April 2009

Blast Form The Past 1

AzianTahir

Saiz : 2’ x 5’

Media : Seni Cetak Foto B&W dan Tinted Warna

Pada 28 March 2009 yang lalu, saya telah menghadiri majlis perasmian Pameran Ilham dimana salah satu dari karya yang di pertontonkan merupakan hasil karya saya. Majlis yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Agong Sultan Mirzan Zainal Abidin telah berlansung dengan gilang gemilang. Saya rasa amat berbesar hati kerana karya saya terpilih bagi pameran kali ini, merupakan sesuatu yang amat peribadi didalam kotak memori saya.


Karya saya bertajuk "Blast From The Past 1"

UNESCO telah menganugerah dan mengiktiraf Melaka dan Georgetown sebagai sebuah ‘Kota Warisan Dunia’ yang penuh degan warisan yang perlu disimpan untuk dunia. Diantara warisan yang disenaraikan adalah bangunan-bangunan rumah kedai era kolonial yang cantik dan penuh dengan nilai estatik. Oleh kerana itu setiap kali bila pengkarya berada di bandar-bandar lama sebegini, ianya pasti menarik minat dan mengimbau kembali kepada kenangan zaman kanak-kanak beliau. Tinggal di tengah-tengah bandar yang dipenuhi dengan bangunan sedemikian menjadikan beliau amat berminat untuk mengilhamkan karya, apatah lagi ia kini sedang berhadapan dengan kehilangan yang tidak akan ada gantinya.

Azian Tahir (2009)